Ahad, 15 Jun 2014

iklan di Utusan


Oksigen unsur penting bagi pernafasan, peredaran darah, fungsi otak, penghadaman, penyingkiran bahan buangan, pertumbuhan sel dan tisu, serta pembiakan hanya berlaku apabila terdapat banyak oksigen.
Oksigen merupakan sumber tenaga segera bagi kebanyakan proses metabolisme dalam sel dan tisu.

Utk INFO boleh CALL /SMS /WATSAPP ke
             012-225 6680

#kencingmanis
#asma
#copd
#jantung
#kanser

http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140601/kn_02/Oksigen-bersih-tunjang-kesihatan

Apa itu COPD?

Penyakit Saluran Pernafasan Kronik / Chronic Obstructive Pulmonary Disease ( COPD / COLD / COAD)
                                                                     Apa itu COPD?
                                            Untuk INFO SMS/CALL: 012-2256680

Isnin, 2 Jun 2014

Penyakit Asma


Bagaimana sistem pernafasan anda berfungsi?

Sistem pernafasan membawa masuk udara yang kaya dengan oksigen dan membawa keluar karbon dioksida. Saluran udara dalam sistem pernafasan adalah seperti tiub panjang. Ia bermula dari lubang hidung, ke pharynx, larinks dan ke trakea (atau lebih dikenali sebagai paip angin) dan akhirnya ke saluran pernafasan kecil di kedua-dua belah paru-paru. Saluran pernafasan yang lebih kecil dikenali sebagai bronkiol. Pertukaran gas berlaku pada bronkiol.



Dinding bahagian dalam tiub dibarisi oleh lapisan mukosa yang mempunyai rambut halus dipanggil silia. Ia juga mempunyai lapisan otot licin.

Apakah asma?

Ia adalah penyakit paru-paru.
Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.
Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas.

Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu.
Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.
Keradangan menyebabkan lapisan mukosa membengkak, lebih banyak dihasilkan untuk bertindak sebagai palam mukus dan otot mengecut yang dikenali sebagai bronkospasma. Ini menyebabkan lumen saluran pernafasan sempit dan sekaligus menyebabkan kesukaran bernafas.

Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.
Serangan Asma